Sebelum tahun 2011 menutup tirai dan sebelum cuti sekolah yg panjang berakhir, kami mengambil keputusan utk pergi bercuti lagi. Mungkin percutian penutup utk tahun 2011.
Hujung minggu lepas aku ke Penang lagi bersama Mr Hubby, Epul dan Ako serta ibu mertua dan abg iparku. Kami kesana kerana menghadiri jamuan walimatul urus anak kepada sepupu Mr Hubby. Perjalanan pagi sabtu 24/12 sgt lama aku rasakan kerana Lebuhraya utara selatan menuju ke utara sesak teruk. Rasa macam esok nak raya pulak. Tambah2 pula hujan turun disepanjang perjalanan. Kami bermalam di rumah makcik Mr Hubby. Keesokkan tengaharinya selepas menjamu selera di rumah kenduri barulah kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Hampir maghrib baru kami sampai ke rumah. Alhamdulillah...
Seperti yg telah dirancang, pagi Isnin 26/12 kami telah berkumpul di rumah emak. Kami berkonvoi ke Melaka. Kami berhenti di R&R Dengkil untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Hang Tuah itu. Di dlm perjalanan, aku melihat daun2 kering bertebaran di tengah jalan. Pohon2 melambai mengikut hembusan angin yg bertiup kencang. Angin kuat sangat. Cuaca cantik tidak nampak pun mcm nak hujan. Suspen jugak aku tengok, macam ribut kecil je. Namun begitu, perjalanan kami selamat sampai ke Menara Taming Sari hampir jam 12 tengahari.
Destinasi seterusnya ialah ke Melacca River Cruise. Seronok naik cruise ni. Kalau naik sebelah malam lagi seronok agaknya. Dapat menikmati pemandangan cantik yg dimandikan cahaya lampu2 yg terpasang, memang happening lah kot. Mungkin dilain kali teringin juga nak naik cruise pada waktu malam. Memandangkan esok Mr Hubby ada tugas penting sebelum ke KK pada hari yg berikutnya maka kami tidak merancang utk bermalam. Selepas menikmati makan tengahari yg agak lewat di Pantai Klebang (yg tidak sedap itu.. huhuhu) kami berangkat pulang.
Oh ya, emak aku serta dua keluarga yg lain tidak ikut balik kerana mereka ke Tengkera. Hasrat emak mahu menjejak kasih seorang kenalan yg sekian lama terpisah akhirnya termakbul juga. Mereka membawa emak ke Tengkera utk mencari rumah kenalan emak yg sudah lama tidak ketemu. Emak beria2 benar mahu berjumpa dgn kenalannya itu. Hasratnya itu telah dimaklumkan kpd kami beberapa minggu yg lalu. Kesian pula tengok emak, maka kami pun ambil keputusan utk bawa emak ke Melaka disamping pergi bercuti.
Menemani emak sementara menunggu yg lain2 menaiki menara taming sari
byk lagi foto yg ingin aku lekatkan disini sebagai kenangan
tapi sudah beberapa kali aku mencuba
malangnya foto yg keluar tidak sempurna
sampai rasa penat & buang masa
makanya cukuplah dua foto ini saja buat tatapan kalian
mata rasa dah kelat
rupanya sudah pukul 12.35 tengah malam
selamat malam semua
tidur lena mimpi yg indah2
jgn lupa basuh kaki dan baca doa tidur ya... zzzzZZZzzzZZzz
.

10 comments:
assalam kak yatie
Dalam kesibukkan sempat juga bercuti dekat melaka. wa teringin juga nk cuti dan naik bot tu tapi masih belum berkesempatan lagi.
wachak, sekarang ni akak dah free.. hehehhe.. fikiran pun tenang sbb tak ada bebanan kerja yg menunggu. Seronok bersantai dan bercuti bersama2 keluarga..bilalah lagi dpt berkumpul ramai2 cenggitu...
ambillah cuti wachak dan bawa sidia sama, mesti enjoy punya..
oooo.. pegi jenjalan ke melaka ye. Aku tak pegi cuti memana pun huhu...
masa naik river cruise tu ada bau-bau tak meyenangkan lagi tak?
dulu masih ada bau lagi...
melaka...kampung ku itewww....tapi kadang2 jer pergi tempat2 bersejarah tuuu...
dah lama tak ke melaka
kakPah.. saya hanya pergi Melaka je, lainlah mcm kakPah sekali pergi bercuti jauh2 nun diseberang lautan hahahaha
aeron, iyalah.. memang sampai satu satu tempat tu ada bau busuk.. bau apa tu?
ain, oooo kampung awak ke? hehehe kampung emak saya juga tu. Tapi sedara mak yg ada kat sana pun dah tak kenal sbb yg sebaya mak kebanyakannya dah jadi arwah..
biasalah tu ain, org jauh dah sampai org yg dekat asyik lalu lalang pandang je.. hehehehe
kasihredha, sesekali gi melaka pun best jugak..
Post a Comment