Sunday, December 6, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Selamat Pengantin Baru buat sepupuku
Puan Nor Hafizoh bt Mohd Amin & suami
yg telah melangsungkan majlis pernikahan mereka
pd 27-06-2009 yang lalu
dan majlis persandingan mereka
diadakan pada hari ahad, 06-12-2009
semoga kalian berbahagia
dan kekal hingga keakhir hayat



Friday, December 4, 2009

Projek mem'baking'

Sejak dari semalam aku sibuk didapur bergelumang dengan tepung & telor.
Mengadun & membakar.
Duduk menunggu didepan oven yang membahang.
Sehari suntuk, dari tengahari selepas siap memasak membawa ke lewat petang.
Nasib baik adik perempuan ku Ina datang membantu.
Ada jugak teman utk bersembang sementara menunggu cupcake masak.
Hujung minggu ini, makcik aku akan mengadakan
majlis perkahwinan anak perempuannya (sepupuku)
Dan aku telah berjanji dengan Mak Andak ku
aku akan sumbangkan 'cup cake' untuk jamuan kendurinya
Adikku Farhana turut berkongsi modal utk membeli bahan2 keperluan.


Hari ini, projek mem'baking' bersambung lagi
Setelah siap kerja rumah
aku mulakan operasi
Disebelah petang rumahku dikunjungi adik beradik & ipar duai
tidak ketinggalan anak2 buah
yg turut sama menolong
dan memeriahkan suasana dgn membawa buah2an & kuih
untuk jamuan petang kami
sambil bersembang & bergurau senda
akhirnya projek ku selesai juga
500 biji 'cupcake' siap utk dihantar esok...

cupcake yg telah siap dibakar

cupcake yg telah siap di 'packed'



** cuaca hari ni sehari suntuk mendung berselang seli dgn hujan renyai2 sejak dari subuh tadi... sejukkk...



Tuesday, December 1, 2009

Daging masak black pepper

Ini lagi satu resepi daging yang aku ciluk dari MyResipi...sedappp..cubalah..



Bahan-bahan:

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat.
Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu biji2 lada.
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama.
Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram dan gula.
Kacau sebati.
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air.
Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung.
Biarkan mendidih.




sup daging

Ini satu lagi resepi pilihan untuk daging yang tidak kurang enaknya dan yang paling penting senang disediakan.




Bahan-bahan :

1 kilo daging (dipotong kecil)
1.8 liter air
1 biji bawang besar - dihiris
7 biji bawang kecil - dihiris
7 biji bawang putih - dihiris
2 inchi halia - dihiris
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sup bunjut
2 biji kentang - dibelah empat
2 batang karot - dipotong
daun sup/daun bawang
bawang goring
Garam
Minyak masak

Cara-caranya:

Rebus daging bersama sup bunjut sehingga empuk.
Jangan lupa masukkan ubi kentang dan karot.
Tumis bahan2 yg telah dihiris sehingga hampir garing.
Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging.
Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (jika suka) untuk perasa tambahan.
Siap... Semasa menghidang taburkan daun sup & bawang yg dihiris serta bawang goring.
Sup ini sedap dimakan semasa panas.

Cuba jangan tak cuba...


daging masak hitam

Raya korban baru saja berlalu.. tentu ada daging korban yang tersimpan kat dalam fridge tu. Tak ada idea nak masak apa? Jangan risau..jom kita korbankan daging tu buat masak hitam dan aku pasti sekali kowrang cuba mesti nak buat lagi..bahan2 & cara2nya sempoi saja, tak banyak kerenah. Jom kita cuba...




Bahan2 A:


1kg daging
500 gram cili kisar
1 cawan kicap cair
2 tbsp kicap pekat
5-6 biji bawang besar - dihiris
2 tbsp bawang goreng - dikisar
1 cawan air asam jawa
4-5 tbsp gula
garam secukup rasa
1 cawan minyak masak


Bahan2 B:

4 biji bawang kecil - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis - sedikit

Cara2 membuatnya:

Daging direbus sehingga lembut & dipotong kecil.
Panaskan minyak & goring bawang merah sehingga perang & angkat, diletakkan ketepi.
Tumis bahan2 B sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar sehingga naik minyak.
Tambahkan gula dan kacau.
Masukkan kicap cair & pekat dan air asam jawa.
Terus kacau supaya kuah tidak melekat dikuali.
Masukkan daging yang telah direbus tadi & biarkan mendidih.
Tambahkan bawang goring dan terus kacau.
Masukkan garam secukup rasa dan masaklah sehingga daging lembut dan kuah pekat.
Akhir sekali masukkan bawang goring yang telah dikisar.
Siap untuk dihidang.


Mudahkan?



Saturday, November 28, 2009

berKORBAN apa saja....

Salam Aidul Adha buat semua...bagaimana sambutan hari raya korban ditempat u olls? Aku pasti ianya disambut sederhana tetapi tetap meriah kan? Alhamdulillah! ibadah korban baru saja selesai ditempat aku ni, 9 ekor lembu telah selamat ditumbangkan.. (aku hanya menolong...tengok je!).


Semalam, seperti kebiasaannya aku & keluarga kerumah ibu mertua seawal 7 pagi untuk menunaikan solat sunat aidil adha disana. Hanya Mr Hubby seorang saja kemasjid manakala the two bodyguards mengalami gangguan kesihatan. Kesian dua beradik ni, wajah mereka kelihatan monyok. Si abang diserang sakit mata... dan siadik pulak mengalami batuk2 dan demam sikit. Dua lagi abang2 yg besar tidak ikut serta kerana mereka bersolat dimasjid tabung haji berhampiran rumah nenek mereka. Usai solat dan bersarapan dirumah ibu mertua kami pulang semula ke Kelana Jaya. Dirumah emak aku, suasana meriah dgn kehadiran semua adik beradik kecuali Alin yg telah berpindah ke Kuching. Teringatkan dia..rindunya dan rasa sedih sebab dia tidak ada bersama kami diwaktu2 begini. Biar pun tidak dapat bersama2 meraikan hari raya tetapi sms melalui telefon tetap menjadi tempat kami berbicara. Hidangan kali ini istimewa sikit dari biasa. Aku menyediakan ayam masak merah kegemaran anak2 ku dan Mr Hubby membeli satay ayam & daging, adikku Farhana pulak masakkan kuah kacang dan merebus nasi himpit. Kakak ku Marziati menyediakan nasi tomato bersama ayam kuzi dan papadom manakala adik ipar ku Liza buat pertama kali cuba memasak acar rampai tumis - sedapkan? Adik ipar yg lagi satu Azizah dibantu anak2 sedara yg anak dara penat menyajikan makanan2 utk hidangan kami sekeluarga.


Semalam sehari suntuk cuaca panas terik. Memandangkan hari Jumaat, waktu suntuk utk acara korban maka ianya diadakan pada hari ini. Pagi ni pulak, awal subuh hujan turun membasahi bumi, alhamdulillah hujan rahmat agaknya. Lewat jam 9 pagi, 9 ekor lembu yang bakal dikorbankan kelihatan tenang. Dengan bantuan penduduk2 setempat termasuk anak2 aku yg besar 2 orang tu, 9 ekor lembu2 telah selamat dikorbankan dan dilapah sejam kemudian. Aku takut utk menghampiri lembu2 yg telah tumbang makanya gambar2 yg diambik dari jauh saja....









Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

"Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima".


Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA TEMAN BLOGGERS




Tuesday, November 24, 2009

SERONOK KE CUTI SEKOLAH?

Cuti sekolah baru beberapa hari bermula. Seronok bukan main lagi the two bodyguards almaklumlah cuti panjang katakan... Ibu pun tumpang seronok. Tapi kengkadang tension jugak bila cuti2 sekolah yg panjang macam ni. Bukannya apa, tau sajalah bila budak dua orang ni kalau dah bertemu, macam kucing dengan tikus dlm cerita kartun yg diowrang selalu tengok tu..

Walau pun dua orang saja sudah cukup buat rumah aku bergegar macam nak runtuh. Bila si abang diam, si adik mengusik dan bila si adik pulak diam si abang pulak mengejek. Memang tak tau duduk diam, tengok tv pon bertekak sampai baling2 bantal. Sudahnya aku yang kena jadi mak tarzan. Tapi taklah sampai tahap terpekik terlolong.. Aku diam tak banyak cakap tapi sekali aku marah, kucing pun menyorok bawah katil. Yang buat aku hangin satu badan bila budak2 dua owrang ni sikit pun tak takut, buat deq.. je, lepas tu gelak-gelak. Macam aku menyanyi lak... sebab aksi diorang nampak macam gumbira bila tengok aku marah. Apasal ek? Tak makan saman betul, bertuah punya anak. Sudahnya aku yg rasa penat berleter... aku ingat kali ni aku nak tukar strategi.. any idea?






Monday, November 23, 2009

BANNER BARU

Perasan tak banner kat atas tu? Cantikkan? Banner itu telah dihasilkan oleh salah seorang sahabat blog yg baru ku kenali. Kalau kowrang berkenan cubalah ngendeng kat tuan punya blog di http://www.guaotai.blogspot.com/.


Diruangan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat wachak, yang sudi menciptakan banner khas untuk aku. (cantik banner tu dan akak suka sangat...). Dan aku hargai susah payah beliau kerana bukan hanya menciptanya malah siap tunjuk cara2 bagaimana untuk aku tampalkan banner yang dah siap itu keblog aku ini. Aku ambik masa beberapa hari jugak untuk cuba copy & paste, tapi ternyata aku bukan pakar sampai aku rasa hampir give up untuk mencuba lagi. Tapi wachak masih tak putus asa menolong aku dengan membuat video tutorial pula untuk memudahkan aku. Rupa2nya ianya memang mudah, hanya aku terlepas pandang. Atas kerjasama itu akhirnya aku berjaya jugak menempekkan banner yg kiut itu diblog aku ni....


Wachak mintak aku belanja laksa johor...hehehehe..camana eh? anyway wachak sudi sudi kanlah tempekkan gambar kat bawah ni diblogmu yg canggih itewww...tanda terimakasih & penghargaan dariku yg ikhlas..

Thank You Pictures, Images and Photos





Sunday, November 22, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN ANAKKU..


Hari ni 22 November 2009 adalah hari istimewa bagi hero kedua aku.


Hari ni merupakan harijadinya.


Sempena hari istimewa itu aku ingin mengucapkan


selamat ulang tahun

buat adik (dah jadi abang pada the two bodyguards pun masih dipanggil adik...)

Ibu doakan semoga adik menjadi anak yg baik.

Semoga adik berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat, dipanjangkan umur, dilimpahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berubahlah menjadi seorang yang berfikiran lebih matang dan dewasa.

Ibu sentiasa mengharapkan dan berdoa yang terbaik untuk mu dan ibu sayang adik...